MaTa MeNCiLeNg Ke BlOg CiK NaDea

Tuesday, May 26, 2009

Abah Masok Hospital Oi!

There’s lot of stories during this sem break. Tapi xlarat nak crite kot huhu. Btw…my dad msuk sepital. But evrything is ok huhu. Smgu gak la kau kampung kat sepital. Kronologi cerita nie…in the morning aku pergi la keje macam bese. But then my dad call. He said he got his back pain once again. And asked me to went home early cuz he cant stand it anymore. So I hurry up tinggalkan segala kerja yang ada. Balik rumah. Then I drove him to Klinik Zohar at Segamat. Before entered the clinic, I asked my dad. Can u walk by yourself? He said yes. Cuz I need to parking the car somewhere safer. But suddenly he fell. Haiya! Tkejot saye! Menangis kat situ jugak di buatnye. Then after register and all. The doctor pon panggil my dad masuk. And he said. He cant help but my dad need to be transferred to Hospital Segamat. I cant managed myself anymore. Crying heavily kat situ jugak huhu. First time kot. My dad tak penah macam ni before. I called my sis. Told her that our dad masuk hospital. Then ini la hasilnye. Teman my dad for 1 week. Huhu love you abah!

Abah di hospital.

Sunday, May 3, 2009

Aku Sepi

Mak…ibu kandung ku…pergi menghadap Ilahi di kala aku masih terkapai-kapai mencari kasih seorang ibu…aku bkn menyalahkan takdir…tp aku hanya ingin menyampaikan isi hati…ingin meluahkan sgale apa yg terbuku di dada sekian lama…16 thn ibu pergi tinggalkn hati ini…aku masih belum di bangku persekolahan…abah masih sibuk di lapangan kerja…kakak sedang sibuk menguruskan rumah tangga…abg sedang sibuk membesar…aku…sepi…abah tinggal aku di rumah jiran…xde siape nak jage…aku segan…walau masih kecil…tp aku segan…aku malu mau makan di rumah org…aku malu mau tido di rumah org…

ibu…kadang kala aku lupa…hanyut dalam asmara dunia…hanyut mengejar materialistik…aku lupa kamu ibu…tapi di kala aku sendiri…pasti kamu yang aku rindu…walau hanya 5 tahun sempat bersama kamu…blom minus saat kamu bekerja…blom minus saat aku masih bayi…hanya berapa tahun aku bersama kamu ibu…kasih mu masih xkuat dalam diri ini…aku sering lupa suara mu…aku sering lupa hangat pelukan mu…aku sangat rindu kamu ibu…

satu hari…sedang aku tidur…lalu terjaga kerna ada seorang wanita di rumah ku…aku xkenal…tp yang ku tau itu la ibu baru ku…mungkin dia mampu menganti tempat ibu…harapan tinggal harapan…kau memang baik padaku…tapi kau xbaik pada hati ku…hati ku ini sering kau gores…walau aku hanya kanak-kanak kecil…tp aku faham apa itu marah…apa itu benci…di kala kau mencaci adik beradik ku…telinga ini yang mendengarnya…di kala kau mengutuk abah…telinga ini yang mendengarnya…ini kah yang kau katakan didikan sempurna…?

emosi aku di dera siang malam…sehingga aku remaja…tanpa kau kira aku masih penat dan letih di bangku persekolahan…tanpa kau kira hati ku sedang bengkak dipermainkan teman…tanpa kau kira kegagalanku dalam pelajaran…pernah kah engkau tahniah kepada ku bila aku di tempat pertama di dalam kelas…setiap kali peperiksaan aku di tempat pertama…tidakkah kau bangga dengan semua itu…abah…masih sibuk kerja…tapi itu semua untukku…hati ini mungkin faham abah…

mak…itu yang aku panggil kamu…aku sayang kamu mak…tapi kenapa hati ini tidak kau peduli…aku perlu kasih syg…cemburu aku pada anak2 sedara yang di depan mata ini bermanja dengan kakakku…ibu mereka…aku??? “lantak kau la nak jadi ape!”…”pempuan gatal”…itu yang kau kata aku…aku sungguh cemburu dengan kasih syg seorang ibu terhadap anak…di kala anak sedara ku sakit…mereka baring di pangku kakak…kepala mereka dipicit dengan penuh kasih…tapi aku??? demam…sakit…pandai2 la kau nak hidup…

di kala aku meraih kasih di rumah sahabat…berkongsi syg ibunya…kau kata aku anak kurang ajar…xbalik rumah…ko mengata aku di depan abah…syukur abah hanya diam…abah…anak mu ini kekeringan kasih syg dlm hati…siapa yang mampu curahkan syg itu…aku berharap pada teman…berharap pada teman lelaki…tapi sayang…kasih mereka itu tidak ikhlas…hati ini sering terobek kerana kamu…sering…dan kini persahabatan itu kian renggang…ape yang harus ku lakukan…pada siapa lagi harus aku berharap…aku masih menanti seseorang yang teguh dapat mengisi ruang hati yang kosong ini…

aku gadis bermasalah…tidak…aku hanya kurang kasih sayang…dan didikan yang sepatutnya…tapi syukur…aku kini di menara gading…hanya ini yang akan membela nasibku kelak…dan di kala teman bermanja dengan ibu melalui telefon…aku hanya mampu tersenyum kelat…mengenangkan nasib tidak punya ibu…bkn aku tidak punya ibu…aku hanya tidak punya kasih sayang itu…aku mahu sayang itu ibu…

ahh…airmata…berhenti lah engkau…jangan menangis lagi…ini hanya dugaan sayang…cukuplah dengan tangisan mu…cukup!!! walau aku sepi…abah masih ada sebagai kekuatan…tapi…di kala umur abah kini 69 tahun…berapa banyak masa lagi dapat aku bersamamu abah…mungkin kau…atau aku yang pergi dulu…aku pasrah dalam sepi aku…