Guys. Bley tak kalau post kali nie aku nak tulis pasal kebencian aku pada sedarah sedaging. Aku tau aku kurang ajar. Tapi aku perlu luahkan rasa benci nie supaya aku tidak terbeban dan sakit mental. Cuma ada empat subjek utama dalam bicara ini. Mereka adalah abeoji, dangye eomeoni, donggi dan joka. Bukan semua terlibat dalam masalah ini. Tapi aku mahu gunakan empat subjek ini sebagai ikon bagi kebencian yang aku alami terhadap mereka.
|
I want a lovely abeoji. |
Abeoji. Entah kenapa aku benci dengan sikap abeoji yang suka marah, meninggi suara dan berhutang. Kalau ditanya elokelok salahkah jika menjawab dengan elok jugak? Perlukah meninggi suara ditengah ramai orang di pasaraya atau menjerit marah di dalam rumah sehingga terdengar dek jiranjiran? Perlukah membebel tak tentu hala atas perkara yang ada penyelesaiannya atau membebel atas perkara yang sudah berlaku sedangkan tiada siapa pun yang mahu perkara itu terjadi? Dan. Tak bolehkah disimpan 'durian runtuh' itu untuk perkara yang berfaedah sehinggakan nanti bila habis duitnya perlu pula berhutang dengan orang lain? Marahkan orang boros sedang diri tidak sedar juga sama. Perlukah memberi perbandingan yang terlampau atas perkara yang dah berlalu? Kalau 300 maka 300 lah. Perlukah dihiperbolakan perkara itu sehingga 800. Apa niat disebaliknya? Musykil aku. Ikhlaskah kamu menjalankan tanggungjawab? Aku tau aku beban. Aku minta maaf.
|
I want a lovely eomeoni. |
Dangye eomeoni. Satu perkara aku benci tentang dangye eomeoni ini adalah kebersihan. Bau badan. Bau mulut. Sehingga rimas manusia lainnya untuk dekat. Aku bukan menghina. Aku sudah tegur banyak kali. Tapi dia tetap manusia yang tak faham bahasa. No wonder la abeoji tak tahan dengan dia. Lagi. Dia saaaaangat annoying. Dengan pertanyaan. Soalan yang diutarakan terlalu bodoh sehingga boleh buat orang melenting. Dengan sikap. She's too greedy. And jealousy. Keterlaluan. Jijik aku dengan sikap dia yang satu nie. Sirius! Tapi aku tau dia sayang aku lebih dari orang lain. Terima kasih eomeoni.
|
I want a closed donggi. |
Donggi. Ada beberapa donggi yang aku benci dengan sikap mereka. Perlukah dicilok duit belanja yang abeoji amanahkan kau untuk dikirim pada aku? Apa? Terlalu banyak? Puihhh. Kau tak pernah rasa hidup diperantauan kan? Tak pernah kan? Kau tak pernah rasa sempitnya hidup sebagai pelajar universiti kan? Kalau aku boros, aku tak pakai la Nokia 1200 nie!!! Bodoh. Aku tak pakai la laptop Acer yang dah patah riuk nie. Baik aku beli Iphone, Blackberry atau Apple. Puas?! Tolong la jangan selfish. Aku juga punya suara. Punya hak. Jangan hanya tau condemn! Lagi satu. Tolong jangan demand atas perkara yang kamu semua tak pernah layak untuk bahaskan. Abeoji pon tak demand. Kau pulak lebihlebih. Jadah ape?!
Joka. Ini tidak terlalu keterlaluan. Cuma kadangkadang aku risau dengan kurang ajar mereka terhadap jangye eomeoni. Pernah juga aku menegur. Tapi macam curah air ke daun keladi. Mana tak tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Begitulah donggi, begitu jugalah joka. Tapi mungkin puncanya adalah dari jangye eomeoni juga. Hurm. Lagi. Boleh tak kamu semua tak usik barang aku? Kalau aku tak bagi aku punya pasal lah! Nak cakap aku kedekut? Aku peduli ape. Kalau barang aku rosak. Ade kau nak ganti? Semua dok tuding jari antara satu sama lain nanti. Aku dah tau sangat! So memang tak dapat la. Aku bukan pemurah orangnya.
Sekian. Aku dah lega. Huhuhu. Maaf.