bila aku katakan aku sukar untuk memulakan hidup, yang aku harapkan dari kamu adalah aku ada untuk kau. bukan aku terlalu berharap tetapi dengan sedikit empati sudah cukup buat aku tenang menghadapi waktu-waktu sukar. aku juga tidak ingin untuk mengharap bantuan kamu. tapi respon yang diberikan tatkala aku sedang runsing langsung tidak membantu aku meringankan segala beban sarat ini. risau. risau. risau. hanya itu. tak perlu difikir keselamatan aku. aku sudah besar. aku gadis teguh berdikari dari kecil hingga kini. aku tak perlu risau dari seorang lelaki. yang aku tahu. aku ke sana demi kita. demi masa depan. perlukah aku suarakan secara terang-terangan bahawa aku perlukan bantuan. bantu aku. tolong aku. aku kesempitan. aku terbeban. bagaimana nanti bila sudah bersama? segalanya harus dipohonkah? wajib dimintakah? mana perginya sensitiviti kamu? mana? sudah nadia. sudah. tak perlu berharap seperti anjing yang laparkan tulang. pergi saja. teruskan saja menongkah beban deras. biar terhanyut. biar. asal kau mampu tenggelam timbul dalam arus beban. aku yakin. kau mampu bernafas. walau yang menghanyutkan itu adalah beban lumpur.
No comments:
Post a Comment