Kala malam hitam pekat sunyi dan sepi yang hanya aku ditemani bunyi unggas dan amfibia dek kerana hujan keterlaluan. Rasa rindu terhadap si lebah melampau-lampau. Dan malam ini juga kala si lebah tersedar dari lena. Dikirim dia satu mesej yang buat air mata aku mengalir haru.
Bu, tq sbb blas chat b. Tq sbb bg n0 ph0ne. Tq sbb reply msg b.
Ya. Ini kronologi kisah cinta kami. Cuma 3 ayat tapi sudah cukup mampu menghurai segala apa yang pernah kami lalui pada bibit lepas. Kala aku benci keterlaluan terhadap kaum kontraku. Masa itu dia muncul sebagai penawar kepada segala kebencian yang aku alami.
Sesungguhnya aku tidak punya sebab yang kukuh kenapa harus dia. Kenapa mesti dia lelaki yang akan sentiasa ada dalam hati yang hancur lebur punah ranah ini. Cuma apa yang aku yakin adalah aku sudah cukup bahagia dengan senyum terukir dari bibir dia. Biar patah rusukku. Biar robek hati aku. Asal dia senyum aku puas.
The Calm. |
Aku sayang. Aku cinta. Kamu. Hanya kamu. Mohd Hafis Hashim.
No comments:
Post a Comment