MaTa MeNCiLeNg Ke BlOg CiK NaDea

Thursday, December 22, 2011

Semangat Yang Hilang

There's so many bad things happen in my life this few days. Still no updates pasal my interview. Today, I called 'em because couldn't wait anymore. Mr Shah said "eh HR don't call you yet eh?" And I said "nope, xde pun." Then he said he'll tell the HR to call me. I don't know why he don't want to say it straight away. Maybe he don't want to tell me the berite buruk from his mouth. I also contact Mr Fauzi to ask about my application status. However, he also don't reply me. So sad la. From the situation I know la that I'm not a successful candidate. Felt like crying but hurmmm what for. Just accept it and wait for another opportunity.
Arwah Puteh.
And today, our cat; Puteh died. So sudden. And this made me cry. In the office. I cannot stand it anymore. My heart hurt. Puteh. He's now gone. Even though I'm not the one who kept him but seriously. I feel bad. Sad. And I miss him so much. He's a nice cute cat. Ughhhh even now I felt like want to cry. Again!!! Hope one day, I can keep a cat like him and arwah Tompel once again.

Next thing that make me moody along this week is cannot balik kampung. I'm feeling so lonely. This weekend is Christmas. On Sunday. So, confirm la isnin tu cuti. Ape plan pon tak tau. Maybe staying at home. Or attend Kak Muai's engagement. Staying at her home is the best choice for now. Since I don't have anyone to celebrate Christmas with. Lagipun if I stay with her boleh jimat duit makan. Hahahaha ade niat lain. Celaka! Hurm. Bored la. Haiyo. I want my boyfriend stay close with me. Aku nak dating tiap-tiap malam! Wuaaaaa sedih!

Monday, December 19, 2011

Cuaxxxxx!

Esok result untuk interview aku kat Mission Biotechnologies keluar. Aku sangat berharap ada sesuatu yang positif esok. Tapi kadang-kadang hati aku kate "this is not too positive". Because why. Jawatan yang aku apply nie sangat besar tanggungjawabnye. Process Engineer position bukan calang-calang jawatan. Segala apa yang berlaku dalam sesebuah plant berada dalam jagaan aku. Kalau kilang tu meletop?! Meletop la name aku kat seluruh dunia hingga ke anak cucu cicit aku nanti. Ouh! Below is the pros and contras antara job aku sekarang dan job yang aku apply nie. Fuuuuuuu!


So guys! Which one do you prefer the most? Ouh. Help me Allah.

Sunday, December 18, 2011

Pergi Church Katenye

Hai u ols! Tau x hari nie ai pegi gereja yaw! For the 1st time okeyh! Huhu bukan pegi semayang la. Pegi menghadiri jemputan kawan saye si Dewi nie bertunang. Ada makan-makan. First time jugak la ai menjejakkan kaki ke church. Tapi church die bese je. Tak macam church kite tengok kat dalam tb tu. Takde plak patung Jesus tu. Ai tak nampak plak kat gereja hari tu. Maybe kat another room kot. 
Bergambo dengan pokok krismas jep. Weee!
Waktu ai sampai diorang nyanyi-nyanyi, amik gambo dan sebagainye. Ai masuk pon sebab nak amik gambo ngan kawan ai tu je. Huhu then lepak kat dewan makan. Dey ol sediakan makanan halal so tak la cuak sangat nak makan. Huhuhu. Tapi kena la berhati-hati jugak. Tapi ai yakin sebab makanan nie dimasak oleh Kak Seri. Ai selalu beli lunch kat die. Hohoho. Ai doakan moga Dewi dan pasangannye dapat bersame hingga akhir hayat. Dewi sangat cantik u ols. Bese kat tempat keje nampak macam Cinderella jek. Masa bertunang tu  vogue the vass tau. Sies santek sanad! Huhu.

Tuesday, November 1, 2011

Pomander Ball ke?


Arini aku start buat pomander ball yang aku plan nak buat untuk majlis aku nanti. Tetibe datang plak satu idea yang pomander ball nie kalo dibuat half bley jadi macam jambangan bunga. Cam lawa je kan. Hihi. Mudah je sebenarnye nak buat pomander ball nie. Selagi boleh jimat kite jimat la. Tak payah dah nak beli bunga berjambakjambak sematemate nak buat hiasan. Buat sendiri lebih elok kan. Mesti partner kite rase kite serba boleh. Eh yeke? Hihi perasan je. Tetibe dapat cop pembazir nanti kot. Tapi taklah. I’m sure he’ll amaze with what I’ve done. Hihi. Ha jom tengok hasil aku wat pomander half nie. Aku tiru kat blog orang jep. Hohoho. Material yang aku gunakan adalah kertas crepe, dawai halus dan polistrin. Gunting, ikat, cucuk dah setel. Weeee! Lawa x u ols???

Saturday, October 29, 2011

Ouh Which One Eh?

Lately, sayep sangat tensi memikirkan ape warna tema untuk my wedding nanti. Usharushar kat Pengantin magazine ade colour yellow+green. Tapi my Bee cakap macam Kedah je. Hohohoho. Kedahkah aku? Then, bile fikirfikir balik. Not nice la. Because green and yellow are both strong colour. See? Tapi macam cantik jugak kan?



Then I search lagi dan lagi. Terjumpe combination colour yang nie pulak. Purple+turquoise. Wahhhh!!! Sangat comey! Hehehe. Tapi cam susah jugak kan nak cari material untuk sume nie. Ouh. Please. Pick one for me. Wuaaaa nak kaler ape nie? My Bee senang je. He pick his favourite colour. Yelah. Colour die rare and peliks kot! Hahaha. I don't mind. We both berkulit cerah. Takde hal ah kalo nak pakai orange. Weeee!

Friday, October 28, 2011

Bibit Lepas

Kala malam hitam pekat sunyi dan sepi yang hanya aku ditemani bunyi unggas dan amfibia dek kerana hujan keterlaluan. Rasa rindu terhadap si lebah melampau-lampau. Dan malam ini juga kala si lebah tersedar dari lena. Dikirim dia satu mesej yang buat air mata aku mengalir haru. 

Bu, tq sbb blas chat b. Tq sbb bg n0 ph0ne. Tq sbb reply msg b.

Ya. Ini kronologi kisah cinta kami. Cuma 3 ayat tapi sudah cukup mampu menghurai segala apa yang pernah kami lalui pada bibit lepas. Kala aku benci keterlaluan terhadap kaum kontraku. Masa itu dia muncul sebagai penawar kepada segala kebencian yang aku alami. 

Sesungguhnya aku tidak punya sebab yang kukuh kenapa harus dia. Kenapa mesti dia lelaki yang akan sentiasa ada dalam hati yang hancur lebur punah ranah ini. Cuma apa yang aku yakin adalah aku sudah cukup bahagia dengan senyum terukir dari bibir dia. Biar patah rusukku. Biar robek hati aku. Asal dia senyum aku puas.

The Calm.
Aku sayang. Aku cinta. Kamu. Hanya kamu. Mohd Hafis Hashim.

Monday, October 24, 2011

Melaka Dengan Lebah?

Today I went to Melaka with my beloved dearest sweetheart Mr. Bee. Hehe so happy! Even though at that time I'm quite pemalas to say a word. Tengah takde mood nak bercakap or the major reason is because I'm hungry. The secret recipe of me is never talk, negotiate or cari pasal with me during I'm hungry. Sebab. Saye akan mengamuk sooooo easily. Hahahaha. Masa tengah drive my bee sangat tensi because of traffic jammed around Bandar Hilir. See his face below. Macam belacan kan? Hohoho.




Then, we ate lunch and toured around Bukit St. John. Took some pictures. Actually, it's kinda awkward because we both don't know how to pose in picture. Lagipun susahkan nak take picture of us. So, klik asal boleh jelah. After that, we went down to Stadhuys. So hot la Melaka. Haiyo. Then lepak kejap dekat taman around Dataran Pahlawan then we ol balik je. He said we'll come back soon. And I hope during that day, I have at least one ring on my sweet chubby finger. Hehehe. Kite layan pictures of us je la eh. Adios.

The Busyukness.

Monday, October 17, 2011

Aku Ialah Sialan

Guys. Bley tak kalau post kali nie aku nak tulis pasal kebencian aku pada sedarah sedaging. Aku tau aku kurang ajar. Tapi aku perlu luahkan rasa benci nie supaya aku tidak terbeban dan sakit mental. Cuma ada empat subjek utama dalam bicara ini. Mereka adalah abeoji, dangye eomeoni, donggi dan joka. Bukan semua terlibat dalam masalah ini. Tapi aku mahu gunakan empat subjek ini sebagai ikon bagi kebencian yang aku alami terhadap mereka.

I want a lovely abeoji.
Abeoji. Entah kenapa aku benci dengan sikap abeoji yang suka marah, meninggi suara dan berhutang. Kalau ditanya elokelok salahkah jika menjawab dengan elok jugak? Perlukah meninggi suara ditengah ramai orang di pasaraya atau menjerit marah di dalam rumah sehingga terdengar dek jiranjiran? Perlukah membebel tak tentu hala atas perkara yang ada penyelesaiannya atau membebel atas perkara yang sudah berlaku sedangkan tiada siapa pun yang mahu perkara itu terjadi? Dan. Tak bolehkah disimpan 'durian runtuh' itu untuk perkara yang berfaedah sehinggakan nanti bila habis duitnya perlu pula berhutang dengan orang lain? Marahkan orang boros sedang diri tidak sedar juga sama. Perlukah memberi perbandingan yang terlampau atas perkara yang dah berlalu? Kalau 300 maka 300 lah. Perlukah dihiperbolakan perkara itu sehingga 800. Apa niat disebaliknya? Musykil aku. Ikhlaskah kamu menjalankan tanggungjawab? Aku tau aku beban. Aku minta maaf. 

I want a lovely eomeoni.
Dangye eomeoni. Satu perkara aku benci tentang dangye eomeoni ini adalah kebersihan. Bau badan. Bau mulut. Sehingga rimas manusia lainnya untuk dekat. Aku bukan menghina. Aku sudah tegur banyak kali. Tapi dia tetap manusia yang tak faham bahasa. No wonder la abeoji tak tahan dengan dia. Lagi. Dia saaaaangat annoying. Dengan pertanyaan. Soalan yang diutarakan terlalu bodoh sehingga boleh buat orang melenting. Dengan sikap. She's too greedy. And jealousy. Keterlaluan. Jijik aku dengan sikap dia yang satu nie. Sirius! Tapi aku tau dia sayang aku lebih dari orang lain. Terima kasih eomeoni.

I want a closed donggi.
Donggi. Ada beberapa donggi yang aku benci dengan sikap mereka. Perlukah dicilok duit belanja yang abeoji amanahkan kau untuk dikirim pada aku? Apa? Terlalu banyak? Puihhh. Kau tak pernah rasa hidup diperantauan kan? Tak pernah kan? Kau tak pernah rasa sempitnya hidup sebagai pelajar universiti kan? Kalau aku boros, aku tak pakai la Nokia 1200 nie!!! Bodoh. Aku tak pakai la laptop Acer yang dah patah riuk nie. Baik aku beli Iphone, Blackberry atau Apple. Puas?! Tolong la jangan selfish. Aku juga punya suara. Punya hak. Jangan hanya tau condemn! Lagi satu. Tolong jangan demand atas perkara yang kamu semua tak pernah layak untuk bahaskan. Abeoji pon tak demand. Kau pulak lebihlebih. Jadah ape?!

Joka. Ini tidak terlalu keterlaluan. Cuma kadangkadang aku risau dengan kurang ajar mereka terhadap jangye eomeoni. Pernah juga aku menegur. Tapi macam curah air ke daun keladi. Mana tak tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Begitulah donggi, begitu jugalah joka. Tapi mungkin puncanya adalah dari jangye eomeoni juga. Hurm. Lagi. Boleh tak kamu semua tak usik barang aku? Kalau aku tak bagi aku punya pasal lah! Nak cakap aku kedekut? Aku peduli ape. Kalau barang aku rosak. Ade kau nak ganti? Semua dok tuding jari antara satu sama lain nanti. Aku dah tau sangat! So memang tak dapat la. Aku bukan pemurah orangnya.

Sekian. Aku dah lega. Huhuhu. Maaf.

Wednesday, October 12, 2011

Taknak Seribu Dalih Ke?

Pernah dengar pepatah nie? Nak seribu daya. Taknak seribu dalih. Sekarang. Aku berpegang teguh kat perkataan nie. Hanya untuk capaikan impian terakhir aku. Cukup. Andai terlaksana impian aku yang satu nie. Aku redha andai nyawa di paras kerongkong! Aku sanggup mati. Tolong la jangan putus asa sebelum masa. Tolong bantu aku terus bersemangat dalam hal nie. Tolonglah. Aku tak perlu sesiapa selain kau. Pokoknya sekarang bukan mampu atau tidak mampu. Tapi adalah mahu atau tidak mahu! Aku tak mahu cakap banyak. Tiada paksaan. Andai kau tidak mahu capaikan hasrat aku yang satu nie. Berterus terang. Dan aku berundur. Biar sunyi yang teman aku sampai mati. Aku dah tak perlu siapasiapa lagi. Maaf andai aku kasar. Tapi ini adalah suara dalaman aku.

Monday, October 10, 2011

Kenal Tak?

Klip 3gp pertama.
Ha u ols. Kenal lagi tak kucing nie? Puteh. Dan aweknye Ruby. Tengok kat gambo nie. Buat maksiat aje kejenye. Puteh sangat domok la sekarang. Huhuhu. Now die dodok dengan mummy idrin. Wua tengok kaki dey ol. Macam nak goreng je rase. Misti sedap kan. Fluffy sanad nie. T.T Sangat rindu ouh. Huhu. Now umur Puteh around 8 months kot. Arghhh muke die mintak pelempang! Huhuhu. Lupe plak nak cite pasal Ruby. Ruby nie kami bela jugak. Mase mulemule adopt Puteh dulu. Tetibe pah kot angkut Ruby. Buat teman Puteh. Ruby sangat kerek okeh. Tapi ade kisah yang menyentuh hati aku tentang Ruby. Actually, Ruby sangat manja. Hanya die bley decide bile die nak kite belai die. Tiaptiap pagi die akan lick jarijari aku and even my face pon kene lick. Haiyo. Hihi. Die gigitgigit. And uruturut sampai la aku bangon. Hihihihi. From there aku dapat nikmati kasih sayang dari seekor kucing. I love 'em so much!!!

Klip 3gp kedua.

Sunday, October 9, 2011

Letih.

bila aku katakan aku sukar untuk memulakan hidup, yang aku harapkan dari kamu adalah aku ada untuk kau. bukan aku terlalu berharap tetapi dengan sedikit empati sudah cukup buat aku tenang menghadapi waktu-waktu sukar. aku juga tidak ingin untuk mengharap bantuan kamu. tapi respon yang diberikan tatkala aku sedang runsing langsung tidak membantu aku meringankan segala beban sarat ini. risau. risau. risau. hanya itu. tak perlu difikir keselamatan aku. aku sudah besar. aku gadis teguh berdikari dari kecil hingga kini. aku tak perlu risau dari seorang lelaki. yang aku tahu. aku ke sana demi kita. demi masa depan. perlukah aku suarakan secara terang-terangan bahawa aku perlukan bantuan. bantu aku. tolong aku. aku kesempitan. aku terbeban. bagaimana nanti bila sudah bersama? segalanya harus dipohonkah? wajib dimintakah? mana perginya sensitiviti kamu? mana? sudah nadia. sudah. tak perlu berharap seperti anjing yang laparkan tulang. pergi saja. teruskan saja menongkah beban deras. biar terhanyut. biar. asal kau mampu tenggelam timbul dalam arus beban. aku yakin. kau mampu bernafas. walau yang menghanyutkan itu adalah beban lumpur.

Monday, September 5, 2011

Western Digital In Memory.

First day in Penang!
Started from June 1, 2011 until September 1, 2011, my new life begin in Penang. Working as attachment technician in Western Digital Media (M) Sdn Bhd for 3 months under partnership programme. So many wonderful moments created, with new friends, new experiences and the most important thing is new income. Heheh. Quite a lot for a newbie like me. WD provide the hostel and transportation. Sangat menjimatkan! Hihihi. The gaji is totally for our own self. Best! 

Pesta durian kat Balik Pulau. weee! Makan durian sampai muntah!

Picnic dengan geng lube kat Sg. Sedim.
But. We have to sacrifice our Raya this year. We have to attend work during raya. Sedih but it's ok la. As for me, experience is all that matter. And money oso. In this case only ha. Because I really need to earn as much as possible money to live life. Huhuhu macam sadis je. Below is my suka suki kehidupan in Penang specifically in WD.

First day Raya.

Xde keje melepak ler. Hihihi.

Pagi raya ke-2.

Lepak tepi pantai lepas balik kerja.

Raya rumah Ilya. Weeee!

Gedikgedik pagi raya.

Sunday, September 4, 2011

Kesian! Aidilfitriku di Syawal Keempat

Wua u ols. Kan ai kene keje mase 1 Syawal haritu. So, tak dapat la ai nak beraya kat kampong dengan family dan Mr Bee. Huhu sedey sikit tau. Hihi. Tapi best! Sebab. Ai masak nasi impit dengan kuah kacang. Sematemate sebab nak menikmati nikmat hari raye yang ai dah terlopeh tue. Kesian…ishishishishhh! Then my b and my friend datang beraya kat rumah ai. Hehe dapat jugak la beraya dengan mereka. Then, ikot my b balik rumah beliau. Ha, kat sane first time makan ayam masak ungkep. Cam pelik kan name die. Hohoho. Ai nie pon anak Jawe jugak tapi tak penah lak makan menu nie. Yela. My daddy’s wife kan orang Melaka. No wonderla ai tak penah makan. Huhuhu. Takpe. Bakal mak mertua ai tau. Weeee! Then, lepas makan we ols snapsnap pics. Hehe. Pastu, nak balik tue his parent tak kasi ai balik. Sebab nak kenalkan ai dekat family diorang yang nak datang raye. Ouh! I’m not ready. Cepatcepat ajak Mr. Bee lari. Weee alasan nak g beraya umah Kak Lina. Lastlast, ai terus balik umah yaw. Hehe. Tu je la cerite raye ai tahun nie. Till then ye. Adios! 




Saturday, July 30, 2011

Ramadhan with Mr. Bee

Sampai Kuantan pagi nie then Mr Bee pick me up at Stadium Darul Makmur. We ol g breakfast kat area Kg Selamat then die hantar saye kat rumah gf housemate die. Huhuhu segan ai. Tapi ok je la. Dok la umah tu sambil tunggu Mr. Bee balik keje. Huuu rindu kot. Boring je tunggu. 

Mr. Bee balik keje around pukul 2. We ol g lunch dulu. After that Mr. Bee drive terus menuju ke Gambang. Tak tau la kenape aku rase cam emo lak tetibe kan. Actually, aku taknak balik lagi. Nak ngadap muke die tu lamelame lagi. Aku mendiamkan dan membatukan diri je la. Sian Mr. Bee. Runsing die aku wat pe’el. Huhu. Sorry b. This is me. If anything went wrong. Aku akan diam. Sebab? Nak kawal marah supaya aku tak mengamuk kat situ jugak. Huhu. 

Sampai je simpang nak ke Indera Mahkota my b pon turn left. Huhuhu. terus hilang merajuk emo dan sebagainye tu. Ntah pape je aku. Tapi takot dah nak tegur Mr. Bee sebab die wat muke garang. Woooohoooo. My b bawak ai pegi tasik la. Sirius! Saye ialah suke tasik!!! Lagi kalau kawasan tasik tu hijau je. Macam kat Tasik Taiping. Huhu cantik sanad!!! Thanx Mr. Bee.




Tasik Taiping.

Hah. Dah sampai tasik ape lagi. Snap pic la. Hehe. Kenangkenangan katenye. Leh la aku abadikan kat blog aku nie. Huhuhu. Bile anakanak aku bace t, they’ll know how lovely their parent are. Heheh. Poyo jep aku. Dah. Aku sertakan di sini pics we ols yang kebaboom and gewdix sanad! Ogeyh babai.

Friday, June 24, 2011

Padang Kota Lama Yaw!

Today aku, cuya, nani and zue pegi jalan-jalan sekitar Penang. Lokasi kali nie adalah Padang Kota Lama. Dah petang jugak kami keluar. Sampai sane dah nak dekat maghrib. Creepy jugak lah! So u ols kalo nak pegi jangan lewatlewat ogeyh! Aku selitkan sikit la gambo aku yang comey tu ye. Hihihihi.

Bergambar kat tingkap penjara Fort Cornwallis yang dibina pada 1811.

Sedikit sejarah la pasal Padang Kota Lama or Fort Cornwallis nie. Ia dibuka pada tahun 1786 oleh Francis Light. Huhuhu. Kalau tak kenai sapadia Francis Light nie, hangpa pi bukak balik buku sejarah tingkatan berapa aku pon xtau. Hihihi. Hurm rase rugi jugak tak dapat masuk dalam kota nie. Tak tau ape ade kat dalam. Takpelah. After this bley pegi lagi dengan someone. Hopefully la. Weeeee!

Kami the tourist. Hehehe.

Tak dapat masuk Kota Cornwallis tapi dapat bergambar ngan meriam jadi lah. Huhuhu.
Malam tuh we ol dinner dekat food court dekatdekat area tuh jugak. Harga? Mahal giler. Serius. Tapi yela kan. Tempat pelancongan. Eventhou masakan die hampeh pon. Ramai jugak orang datang ye tak? Bagi sesiape yang teringin nak makan pasemboq ka char kue teow yang mahaimahai ka. Bleh la mai tang nie. Harga die memang superb. Huuuu. T.T

Bangunan lama yang chantek di tepi Padang Kota Lama.
Ha u ols. Tu je la entri kali nie. Jadikan Malaysia sebagai tempat pelancongan anda. Weeeee! ^^

Sunday, June 19, 2011

Gentinglah Sangat!

Destinasi percutian aku kali nie adalah Genting Highlands! Hohoho nie first time ye saye menjejakkan kaki ke pusat peranginan di kawasan perbukitan dingin ya’a’aw punye. Jakun tak? Jakun tak? Hehehe.  Ape aku merepek la. 

Oleh sebab cuaca sejuk maka masa banyak dihabiskan dengan melakukan aktiviti indoor sahaje. Then got free time petang tu kot baru la kuar jenjalan dengan Mr. Bee. Huhu. First time jugak jenjalan jejauh ngan Mr. Bee. Sirius mahal oh kos idop kat cini. Nak makan pon payah gak. Aku pon tak tau nak cite ape kat u ols. Hurm. 



Ha nie jugak pengalaman kedua aku naik cable car. Before aku naik cable car kat Langkawi. Jarak perjalanan cable car kat Langkawi lagi jauh kot kalo nak banding ngan Genting Highlands nie. Kat bawah tu takde pape pon. Hutan je. Huhu. Bosan je. Tapi takpela. Mr. Bee ade kat sebolah den. Heheh. Amik gambo jek. Gediks!




Cuaca sangat dingin ye. Kalo tak silap aku, aku tengok thermometer die statekan suhu kat atas tu around 4˚C. Sejukkan? Hehehe. Aku plak bawak cardigan je. Ceh. Bajet lemak tebal la kan. Tapi memang tebal pong! Hihihi. Aku g theme park die jek. Layan corkscrew, kapal lanun tu ngan ferris wheel je. Aku takot la nak naik spaceshot tu. Sirius!!! Lagipon mase tuh cuaca sangat scary. Kabus pon tebal. Ngan hujan lagi. Huhuhu. Mase naik corkscrew tuh plak earing aku telah mencederakan telingaku ini. Adei. Sakit oh! Then Mr. Bee loya naik kapal lanun. Hahaha. Aku geli sampai gelak tak benti. Mr. Bee kat sebelah diam sebab nak muntah. Berjaya jugak aku mengandungkan beliau. Wakakakaka. 

Pantai Batu Hitam.

Wajah tenang.
On the way balik we ol singgah Pantai Batu Hitam. Lihatlah betapa hitamnye batu tersebut. Macam warna siku aku tak? Hahaha selekeh. Dah. U ols layan gambau yang tak seberape tu je la yek. Aku arek turu. Ngantok banget lor. Nanite.
p/s: Mr. Bee. I love you. Weeeee!

Tuesday, April 19, 2011

Celaru

entah kenapa aku celaru lagi hari ini. entah kenapa hati aku sebak lagi hari ini. entah kenapa aku begitu pesimis hari ini. sampai bila harus aku perbodohkan diri sendiri. aku mahu berhenti. berhenti. berhenti. berhenti melakukan apa? berhenti menghubungi kamu. berhenti sayangkan kamu. berhenti rindukan kamu. berhenti berharapkan kamu. entah kenapa hati ini terluka dengan kaum kontraku. entah kenapa aku benci kaum itu. entah kenapa aku tidak mampu percayakan kamu. sampai bila aku perlu bertahan. aku mahu berhenti. aku bukan lagi seperti dulu. aku mahu berhenti. aku mahu berhenti. kerana ego aku tinggi.

Wednesday, April 6, 2011

Happy Birthday Didie!

Happy birthday didie! Yang ke 23. Moge dimurahkan rezeki and dapat kahwin next year. Hehehehe. Wish kat diri sendiri pulak. Ha u ols. Semalam birthday sayep. Ramai giles kot yang wish. Penat jugak nak balas satusatu tapi siesly happy sangat la this year. Hehehehe. Sambut birthday sampai dua kali. Wow syok siot! Huhuhu. First celebration ngan geng kamceng. Makan steak aje kat Wan's Mix and Grill. Hurm bley tahan la. Tapi actually i tak recommend la u ols pegi kedai tuh okeh. Makan lamb steak sampai la bau lagi. Hehehe tapi xtau la an cuz sayep nye idong neh macam idong anjing. Tapi telinge? Budek! Hahaha. 


 

Lepas tuh. Sayep balik umah la. Nak pegi mane je kot. Kangar jer! Malas la nak merayap malammalam. Masok angin! Hahaha. Kembong kang dah satu keje lagi nak merengek sakit. Huhuhu. Tengah seksi sambil golekgolek ngan pah tengok rakaman ABPBH tuh. Tetibe blackout! Aku baru je nak maki. Dak umah aku bukak pintu ingat takut gelap rupenye. "Happy birthday to u. Happy birthday to u. Happy birthday to didie. Happy birthday to u". Waaaa ade kamera. Kejapkejap! Sensored nie. Hahahaha. Kelam kabut carik baju. Wakaka. Ni la akibatnye bile dok kat negeri yang panas terlampau. Penduduknye pon jadi terlampau la jugak. Beshnye! My housemate wat surprise party untuk sayep. Hehehe.

Kek birthday saye! :)
And pagi tadi. My daddy cool, mak and my sis called wish birthday. Hehehe syok. Baru bangkit tidoq dapat wish. Walopon lambat. Tapi atlis they remember my birthday. Happy! Hurm. Dalam dok gumbira tuh. Ade jugak perkabaran duka. My teacher mase MRSM Mersing dulu meninggal dunia akibat komplikasi jantung. He's Mr. Bee's cousin. Last jumpe die kat umah Mr. Bee la. Moge dia bahagia di sana. Amin. Tu je la kot cerita untuk dua hari nie. Adios. :)

Saturday, April 2, 2011

Johor FC vs Perlis


arini wa pegi layan bola kat Stadium Utama Kangar sebab Johor FC lawan Perlis. huhu xtau nak sokong mane. ehehe. tapi mostly aku sokong Johor FC ah. wakakaka. mase Johor golkan aku rase cam nak melompat gak. tapi kaver ah. sebab pakcik Perlis kiri kanan dok sumpahsumpah. hahaha giler hipokrit beb mase tuh. tahan je kaki supaye xmelompat. yang best nye an. mase pemain Johor injured. penyokong Perlis pi nyanyi cam ni. "enjitenjit semut sape sakit boleh balik". pastu pakcik penyokong Perlis plak balas. "enjitenjit semut sape kalah jom balik". hahaha. ape nie? penyokong Perlis xbersatu hati. sebab mase tuh Perlis teloq ayam lagik. pastu tetibe dah gol kan maen sorak lagik depa. aku pon tumpang gumbira la sebab dah dok Perlis 4 tahun kot an. layan. tapi tetap nak Johor gak menang. yang xbesnye. mase tambahan 4 minit tuh ah Perlis gol kali ke 2. jadi la keputusannye seri. mencangkung pemain Johor kat tengah padang. huhu. aku blah je la cepatcepat. takot kete jadi pape sebab pakai plat Johor. hehe walopon penyokong keduadua pasukan kali nie xbegitu ekstrem macam sesetengah penyokong tuh. ehhe :p